Ahad, 12 Ogos 2012

FRIENDSTER SEKARANG

  dulu sebelum MySpace and Facebook wujud, ade satu lagi laman sosial yang 'legend' mungkin menjadi satu fenomena suatu masa dulu, kalau kat sekolah aku, (sekOlah asrama) ada satu lab komputer yang akan penuh setiap petang semata-mata ingin melayari benda ni, padahal surat untuk permohonan penggunaan lab tu kate ingin mencari maklumat, hurm... boleh la, mencari maklumat peribadi kn??? :P

maka ramai la yang membuat akaun ni, mengupload gambar dan meng'update' status tapi pada masa itu mungkin otak belum berkembang, status pada masa itu tidak la begitu merepek seperti pada masa sekarang. tapi bila Myspace diperkenalkan, maka populariti friendster ni semakin lama semakin low. Myspace ni mungkin moden sikit a, sebab kita bleh design kita punya wall (masa tu aku agak pelik kenapa 'wall' ni dipanggil 'wall') dan mendecorate ape2 la sama ade menggunakan recommend design atau menggunakan css code, macam HTMLcode juga la agaknye... eh, nak citer pasal friendster je kot.. ok2 ni adalah pic masa mula-mula friendster diperkenalkan:





yang ni pula design friendster masa Myspace mula2 diperkenalkan, tapi mase tu dah terlambat dah, friendster dah x laku:



tapi bila Facebook diwujudkan, bende2 ni sume dah tinggal kenangan. Hari ni tibe2 aku rase macam nak buka la friendster, mana tau boleh tengok gambar2 yang aku upload dulu2. then tiba2 jadi macam ni pula:


  
erkkk?? dah jadi tempat main gem pulop?? last2 aku check kat wikipedia. rupa-rupanya ade ahli perniagaan dari Malaysia yang membeli websites ni, di ubahnya 100% jadi tempat untuk main gem. ape2 info just klik wikipedia di atas ok?? (dua2 boleh klik ^^)

x boleh kasi nampak kat adik kembar aku, bahaya~~~  (jika seorang adik boleh membuat laptop rosak, jika adik kembar kesannya adalah dua kali ganda) :P

antara senarai gem yg ada.


log in guna facebook pon boleh!!!
sampai kat pic atas ni, aku x berani dah nak proceed guna fb, kang x pasal2 banyak plak request gem yg aku dapat.

nak tengok? just kelik here
SUDAH BACA?? LIKE PLISSSS

3 ulasan: