Ahad, 5 Ogos 2012

memang sekarang dunia aku dah terbalik, siang aku tido, malam aku berjaga. bapak aku dah lali dh nk nasihatkan aku. nanti sakit... tu je la biasenye modal die.. nanti sakit... tapi bagi aku, tubuh manusia ni unik, die akan menyesuaikan diri dalam apa2 jua kedadaan selagi tiada perubahan drastik atau yang melampau seperti hidup di dalam matahari atau atau hidup didalam nu di planet pluto.
 mula2 simptom x tido malam ni ade la sikit2 selsema, lepas tu badan ko akan jadi lemah2 then mata berair, lebih2 lagi kalau ko sengaje tahan dari tidur, hidung berair (mcm selsema). memang x ubah mcm penagih dadah la mase tu... >.<  lame2 mungkin dalam 4-5 hari kau biasekan diri macam tu, kau akan menjadi orang yang berjaga di waktu malam. ala2 batman gitu, tpi batman lagi la, siang die pun x tidur gak.. bila ntah die tidur aku pun x tahu. x kire la kalau kau dah tidur siang ke, malam2 kau still akan tidur gak, sebab menurut jam biologi kau, die dah set, malam adalah waktu untuk kau tidur. lagi satu, aku ade bace kat laman web omputih ni, tidur siang tidak boleh digantikan dengan waktu malam.. sebab kenape? yg tu aku dh lupa...

banyak sebenarnye kejadian yang berlaku pada waktu malam, tapi bagi aku, yang menarik adalah blog2 pro pakatan akan di update pada waktu itu.Cuti sem ni buat aku tibe2 rajin pula nk baca bnde2 mcm ni, bnde yang orang lain x tau, mungkin pada orang lain tempat kita ni dh aman, tapi sebenarnya, ade dark side yang orang lain x tau, atau sudah ditutup kebenarannya, so, buat bloggers2 ni, menjadi tanggungjawab diorang untuk menyebarkan benda2 yang benar, yang salah pg mampus, tapi aku ade blog yang bagi aku boleh dipercayai, seperti ameno yang bagi aku yang mempunyai fakta. bagi aku, orang yang berfakta ni aku xkn panggil pencacai, pencacai ni bagi aku pengampu untuk kepentingan diri sendiri sebenarnya..

as mahasiswa, aku rasa ade baiknya kite ambil tahu at least sedikit la tentang bnde2 politik ni, orang kate politik ni kotor, tapi sebenarnya penuh dengan warna warni, cuba xde politik, mungkin surat khabar berita harian, utusan or metro akan tinggal sehelai, kerana politik, diornag jadi tebal. and orang luar jangan la kate mahasiswa ni belajar dulu, x payah nk politik sangat, no3... for me mahasiswa xde kene mengena ngan bnde2 ni, as long kita dah 21 tahun and layak mengundi, adalah hak kami untuk mengetahui apa yang terjadi. tentang isu PTPTN, ramai yang kata anwar la orang yang perkenalkan bnde itu, tetapi apa yang aku lihat pada page hanief(link ada pada entry sebelum ni), Najib la yang menubuhkan bnda ni, dia pernah menjadi menteri pelajaran pada area tahun  1997.
ni link.



benda2 macam ni, x akan datang dengan sendiri, kite yang perlu mencarinya sebab kerajaan tidak akan memberitahu pembohongan mereka sendiri, ketahui sejarahnya, bila dah tahu, UBAH la!!

 televisyen sekrang patutnya buat la dokumentari pasal kaum2 yang ada di malaysia ni, cara2 tatasusial mereka adat dan agama. baru la kita dapat tau sedikit sebanyak info pasal dia mereka ni baru la dikatakan menyahut seruan satu malaysia.. ni asyik nk burukkan prmbangkang je kejenye...  mane la aku x bohsan tgk tv... =.=
SUDAH BACA?? LIKE PLISSSS

1 ulasan: