Khamis, 2 Ogos 2012

cemana nk tingkatkan stamina semasa boolan pose???

aku dapat notification dari group utm viking( team kayak kt u aku), abg joe kate yang seminggu selepas naik sem ade fitness test or  pemilihan untuk apa yang aku panggil as 'dead ten'.. 10 itu bulan, maksudnya bulan 10 yang penuh dengan pertandingan kayak dan juga dragon boat yang akan berlangsung secara berturut2. terkejut aku, bayangkan, selepas regatta upsi bulan 5 aku langsung x turun trening memandangkan da x ade pertandingan(kalau ade pon x boleh join sebab ade test yg menanti)..

mula2 lepas regatta aku macam, kalau bleh nk kurangkan aktiviti2 sukan camni, untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran... (ayat itu dianggap sarcasm oleh budak kelab). tapi disebabkan aku selalu la nampak orang di sekeliling aku sentiasa bagi semangat, terutama idola aku abang adam van koerverden dan sekutunya tim meraban, err... tim brabant (sorry) membuat kan aku ingin mencuba sekali lagi, sebab aku dulu dah hampir putus asa, sebab aku kalah teruk teringgal di belakang pengayuh2 yang lain.. so aku dah merangka strategi aku untuk memulakan latihan untuk acara varsity boat race, sukipt dan juga Dragon boat semasa bulan sepuluh nnti..

aku mencari2 info apa yang perlu aku buat, semasa bulan puase ini.. firstly, aku akan berusaha untuk menjadi burung hantu untuk berjaga diwaktu malam dimana waktu malam aku akan aktif utnuk membuat aktiviti2 yang aku rasa x terlalu berat untuk tingkatkan sedikit demi sedikit stamina aku yang dah lame jatuh. sebelum sahur, at least semasa pukul 4.30 pagi, aku akan keluar berjoging yang mungkin aku rase tidak terlalu jauh teapi dalam kadar larian yang laju.. sebab mengikut orang yang pro... larian jarak jauh dengan joging yang perlahan adalah bersamaan dengan larian jarak dekat dengan joging yang laju, disebabkan masa yang terhad, aku memilih option yang kedua. tidak lama pun, dalam 15 minit aku rase dah boleh habis kot... selepas itu, sit up 50 sebanyak tiga set, rehat lama2 dalam setiap set pun x apa, sebab kita tidak boleh pakse sangat mula2 ni untuk mengelakkan kesakitan pada tulang dan otot.. kalau ko pakse, mu tengok la, nak bangun dari katil pon x larat nooo...

then, aku rase aku akan masuk universiti awal2, mungkin dalam seminggu sebelum naik sem, x apa aku rase x mungkin aku berseorangan sebab masa itu junior2 baru pon akan masuk sekali, mana la tau aku boleh tarik budak2 baru masuk team... hehehe... especially yang gurls2 sebab team kitorang kekurangan mereka :(

lepas bahagian biceps dah ok, dah boleh menerima pressure push up yang berpanjangan, teruskan pula pada bahagian abdomen, bagi aku x boleh buat semua sebab aku xnk sakit2 pada bahagian abdomen dan biceps sekaligus.. ok?? lepas tu, tambah kan aktiviti sit up sebanyak 30 kali sebanyak 3 set... itu dah memadai... dan juga tidak lupa juga melatih pinggang untuk kembali fleksible supaya stroke kayuhan kita akan bertambah..

kalau dah balik utm, aku akan teruskan pula dengan trening kayak pula, biasekan diri kembali dengan buoyancy kayak k1, mungkin kalau2 siapa yang pernah main kayak, mereka akan mendabik dada sebab x ramai dalam kalangan kita x pernah main kayak, tapi bro, kayak itu bukan setakat itu je yang perlu, kayak yang kamu naik tu ialah kayak rekreasi yang design untuk bermundar mandir di tengah tasik dan korang xkan mungkin akan jatuh (capsize) kalau korang pakse jatuh pun, ko yang akan terjatuh, kayak tu x akan terbalik punyer la... eh, ni da tukar topik dah ni.... hahahaha... aptb :P
SUDAH BACA?? LIKE PLISSSS

1 ulasan:

  1. stamina aku turun habis weh puasa ni.... malas nak workout

    BalasPadam